Friday, April 29, 2011

BUKU2 YANG MENGEJUTKAN DALAM PUSTAKA INI(spy buku bhg 1)

Ya bila kamu punya tempat yang dinamakan perpustakaan,kamu boleh gambarkan di sana ada banyak sekali buku di tempat itu.


Saya ingin beritahu bagaimana pustaka yang kami jaga ini hidup kembali.Ia dulunya mati.


Allah boleh bangkitkan yang mati

click di sini untuk membaca tentang Allah menghidupkan yang mati KLIKLAH!!!!

Kini,Allah telah tunjukkan pada saya dan kawan-kawan bagaimana Dia membangkitkan semula perpustakaan itu.SubhanaALLAH.

.Pertama kali saya menjejakkan kaki ke pustaka yang mati itu.,saya kagum dengan buku yang ada dalam pustaka yang mati itu.Saya ke sana sendirian.Ruginya melihat banyak buku2 yang bagus dan hebat di sana.Ada yang bergelimpangan di atas lantai dan rak2 buku yang penuh dengan sarang burung dan tidak tersusun.Sedih sekali bila kamu jumpa buku2 yang dulunya kamu inginkan di kedai2 buku dan kamu tak mampu beli ada di situ.Amat mengejutkan,pustaka mati ini mempunyai buku2 mahal dan berkelas tinggi.

.Ia ada ENSIKLOPEDIA tebal ini


 Ia ada banyak buku2 agama untuk pengajian tinggi.

Ia ada tafsir2 yang bagus untuk fahaman lebih mengenai quran.

.Ia ada buku2 Bahasa Inggeris termasuk novel2,buku cerita pendek,buku belajar bahasa inggeris,buku belajar bahasa arab dan kamus2.

Kemudian saya pergi jumpa seorang guru.Saya terdengar tentang halnya mahu menubuhkan semula pustaka yang mati itu beberapa hari yang lalu.Lagipun saya diberi peluang oleh pengetua untuk mengintip sekolah ini.Kami akan cuba mengutip dana untuk baikpulih sekolah.Jadi saya tumpukan pustaka.Saya berjumpa dengan guru tersebut.Namanya Ustazah Maimunah.Saya dengar rancangannya  untuk pustaka itu.Ia sesuatu yang hebat.Dia juga merancang melantik beberapa orang murid untuk menjadi pustakawan.Saya tidak ada dalam rancangannya.Saya rasa sedih.Tak mengapalah.Saya juga boleh menghulurkan bantuan.Saya suka buat tempat yang teruk bertukar menjadi tempat yang benar2 elok.Jadi saya berjumpa dengan dia semasa dia datang masuk kelas.Saya telah sediakan beberapa soalan untuk ditanya

Saya tanya jika pustaka itu dah ada kemajuan,apa rancangnya yang sebenar dan saya akan tulis jika mereka perlukan wang untuk pustaka itu dan saya akan serahkan kepada pengetua.Saya juga bertanya siapakah gadis-gadis yang dilantiknya menjadi pustakawan

Dia terkejut dan tiba2 mahukan saya bekerjasama dengannya.Saya katakan saya langsung tak tahu apa pun mengenai kerja2 pustakaan.Kawan2 sekelas saya mengelilingi kami(saya dan guru itu),kemudian saya kemukakan soalan kepada teman2 sekelas saya "siapa pernah buat kerja di pustaka di sekolahya dulu?" Kemudian seorang gadis mengangkat tangan.Dia adalah....Fiza Ismail

Bersambung................


No comments:

Post a Comment