Friday, April 8, 2011

Tentang kami dan pustaka ini

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh

(PERHATIAN:Terbitan ini disunting semula kerana saya diminta menyunting semula. Saya meminta maaf di atas rasa tak selesa andaberkenaan terbitan sebelum ini.Ajarlah saya kerana sebenarnya saya masih baru menyesuaikan diri dengan sistem pondok.Saya masih belum andai tentang adab.Maka beri tunjuk ajarlah akan dikau ke atas aku(wah dah macam bahasa terjemahan kitab).Saya harap anda akan sentiasa mengikuti website ini.Website ini akan dikemaskini setiap cuti sekolah.Saya harap anda juga sentiasa memberikan kritikan untuk kebaikan website ini.wa anta arjuu fii sihatukk.uhibuk kulli hal.afwan)

Setiap sesuatu ada permulaan.. Bismillahirrahmanirrahim salam perkenalan saya Ili,Rais Lujnah Maktabah(Ketua Perpustakaan) Madrasah Misbah Al Falah@PondokTuan Guru Omar Zuhdi@Pondok Banggol Berangan@PondokLanai.
Maktabah@perpustakaan ini telah lama beroperasi tapi dihentikan operasinya 4tahun yang lepas.

Kini,pada tahun 2011 perpustakaan ini dibuka semula dan diberi nafas baru.Kami tekad akan bersungguh-sungguh menjaga maktabah ini dengan baik.InsyaAllah.

Mari kenal-kenal dengan AJK PUSTAKA PONDOK OMAR ZUHDI

soleha dari kelas tingkatan dua berasal dari sungai petani.Saya dan dia bergabung terjemah bahasa inggeris,umi khairiah dari kelas tingkatan tiga peminat bahasa arab dan sedang berusaha terjemah buku cerita bahasa arab ke melayu,syaza dari kelas edadi berasal dari Klang ini pemenang pertandingan sajak maulidur rasul madrasah yang lalu.Semua orang suka bila dia naik ke pentas sebab dia seorang yang kelakar,ika mohd noor dari tingkatan tiga berasal dari kulim seorang penulis novel sambilan dan peminat bahasa arab.Dia juga sedang menterjemah buku cerita bahasa arab ke melayu.Sebelum ini dia belajar di sekolah menengah Agama Yayasan Khairiah,pieja dari kelas edadi berasal dari Aman Jaya,sungai petani,kedah.Pelajar cermerlang di sekolah lamanya dulu iaitu sekolah menengah Aman Jaya. najihah penyokong saya dari awal(tiada dalam gambar)dia setiausaha saya.Saya suka dia sebab dia cepat memikir cara menyelesaikan masalah .Dia tetap bersama lujnah ini walaupun hatinya rasa "sakit".Umi kalsom(tiada dalam gambar) dia,saya dan najihah satu kelas yang sama.Dia sedia buat bila saya minta dia buat.Rajin la umi ni.Dan dia tak suka kalau tak ada benda untuk dibuat.Terima kasih syukran jazilan.
syifa anak kepada ustazah aisyah salleh.Dia mendapat tempat pertama dalam kelas tingkatan satu madrasah ini tahun lepas.Ibunya adalah antara penyokong kuat lujnah ini


Ustazah Maimunah..Guru penasihat lujnah maktabah.Dia selalu sibuk disebabkan dia guru kepada beberapa sekolah,dia juga anak kepada ibunya yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan dia juga belajar secara sambilan.Selamat Bejaya Ustazah dan semoga Ustazah diberkati Allah.Oleh kerana Ustazah seorang yang sibuk,kami menjadi mata dan telinga ustazah di sekolah untuk hal perpustakaan.Dia sedia membawa kami ke pekan untuk membeli barang keperluan maktabah.Saya selalu ingat apa yang dikatakannya ini "buat apa pun jangan harap orang ucap terima kasih" ye betul!!

Penolong Ketua Lujnah Maktabah Misbah Al Falah,Zahidah@kakcik berasal dari kuala muda dan berumur 20tahun.Saya suka dia sebab kakcik pandai menyusun agenda dan pengurusan perpustakaan ini.Dia dahulunya pernah belajar di Maktab Mahmud,Kuala Muda


Ini saya, Ili dan saya suka perpustakaan,saya sayang perpustakaan,biarlah perpustakaan ini hidup. ^^

No comments:

Post a Comment